Saturday, October 30, 2010

Majlis Pelancaran Kelab Pengguna Sekolah Peringkat Kebangsaan

Majlis Pelancaran Kelab Pengguna Sekolah Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan  Kepenggunan (KPDNKK) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob di SMKA Maahad Muar. Hadir sama ialah Timbalan Menteri KPDNKK, Pengarah Pelajaran Johor, PPD Muar, dan Pengetua-pengetua daerah Muar.

Photobucket
Ketibaan YB Menteri dan Timbalan Menteri
Photobucket
Silat selamat datang
Photobucket
Tuan Pengarah dan Pengetua SMKA Maahad menyambut VIP
Photobucket
Ucapan perasmian YB Menteri
Photobucket
Jamuan ringgan

IKWAS EXECUTIVE TALK

Encik Puniran bin Denan telah dipilih untuk menyertai IKWAS Executive Talk di kalangan 38 Ketua-ketua Jabatan dan 300 peserta meliputi negeri Johor dan  Melaka. Executive talk dengan tema " Inovasi Membentuk Organisasi Unggul " telah disampaikan oleh Encik Roslan Ghazali Ketua Pegawai Eksekutif Cardiff Enterprise. Beliau merupakan jurulatih berlesen dalam " Seven Habits of Highly Effective People " dan menjadi konsultan bagi TQM, Culture Change, Benchmarking, Learning Organisation & Implementation of Quality In Organisation. Berkelulusan di dalam bidang Elektrikal & Kejuruteraan Elektronik dari Cardiff Universiti, Sarjana (MBA) dari Wawick Business Scholl.
Bahan Executive Talk boleh dimuat turun melalui url di sebelah.


Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Friday, October 29, 2010

PERMOHONAN KELULUSAN BAYARAN TAMBAHAN TAHUN 2011

Permohonan Kelulusan Bayaran-bayaran Tambahan untuk tahun 2011 bermula
1 hingga 18 November 2011.
Permohonan hendaklah dihantar ke PPD (U.P: Penolong PPD Perhubungan)

Sila patuhi PROSEDUR PERMOHONAN seperti lampiran di bawah:
MUAT TURUN DOKUMEN-DOKUMEN DI BAWAH (SILA KLIK):

1. PROSEDUR PERMOHONAN BAYARAN TAMBAHAN 2011

2. LAMPIRAN 1: FORMAT SURAT PERMOHONAN
3. LAMPIRAN 1: SOFTCOPY FORMAT SURAT PERMOHONAN

sila rujuk laman web jpnj di :
http://www.moe.gov.my/jpnjohor/v3/johor2.php?id=1654&bhs=bm

KETUA SETIAUSAHA KPM YANG BARU

Sukacita dimaklumkan bahawa Y.Bhg Dato' Dr. Rosli bin Mohamed telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha KPM berkuatkuasa 29 Oktober 2010. Beliau menggantikan YBhg. Tan Sri Dr.Zulkurnain bin Haji Awang yang dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mulai tarikh yang sama. Semoga KPM terus cemerlang dibawah kepimpinan yang diterajui beliau.
 
 
http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=1447

Tuesday, October 26, 2010

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Peperiksaan akhir tahun bagi tingkatan 1, 2, dan 4 diteruskan selepas bercuti kerana masalah jerebu. Kepada calon-calon yang mengambil peperiksaan akhir tahun diharap dapat memberikan kualiti jawapan yang terbaik. Semoga anda semua berjaya dengan cemerlang.

Sunday, October 24, 2010

PEMANTAUAN SPSK

AUDIT DOKUMEN SEKOLAH RINTIS SPSK NEGERI JOHOR TAHUN 2010
( HANYA UNTUK SEKOLAH RINTIS SPSK SAHAJA )
Berdasarkan hasil mesyuarat JK Teknikal SPSK Bil 2 / 2010, satu penarafan kendiri ( audit dokumen ) akan di laksanakan ke semua sekolah rintis SPSK. Tujuan Audit dokumen ini adalah untuk melihat status pelaksanaan SPSK di sekolah rintis memandangkan audit dalam tidak dapat dilaksanakan ekoran kekangan kewangan.

MUAR SEKOLAH MENENGAH
TARIKH : 28 OKTOBER 2010
TEMPAT : SMK SG ABONG
MASA : 2.00 PETANG

GPK 1 SMK SG ABONG 1. MANUAL KUALITI 2. PENDRIVE

Friday, October 22, 2010

JEREBU SUDAH BERAKHIR

AIR POLLUTANT INDEX (API)
INDEKS PENCEMAR UDARA (IPU)
22 October 2010 (Friday)
><
 NegeriJohor MuarJam 7.00 pagi 78* Jam 11.00 pagi 73* Jam 05.00 petang 69*

Kenyataan dari Pejabat Pelajaran Daerah tentang sekolah ganti cuti kerana jerebu

Pengetua / Guru Besar
SMK/SJKC/SJKT
Muar / Ledang.

Sekolah ganti sempena cuti khas masalah jerebu pada 21 Okt 2010 (Khamis) telah ditetapkan pada 30 Oktober 2010 (Sabtu). Surat siaran akan dimaklumkan kemudian
http://ppdmuar.my/

Wednesday, October 20, 2010

JEREBU SEMAKIN BERLALU

Pengiraan IPU


Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2,NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.

Bacaan IPU Daerah Muar (Sumber : JAS )setakat jam 11.00 pagi 21 Okt 2010
Bacaan pada jam 7.00 pagi IPU 90* , manakala pada jam 11.00 pagi IPU 77* (moderate)

JEREBU : SEKOLAH DICUTIKAN ESOK 21 OKTOBER 2010

Makluman daripada PPD Muar, semua sekolah di daerah Muar dan Ledang diarahkan tutup sesi persekolahan kerana IPU di daerah Muar berada pada paras yang tidak sehat. Bacaan Indek pada jam 5 petang tadi berada pada 311 iaitu sangat tidak sehat. Kepada mereka yang mengalami asma dinasihatkan menggunakan topeng 'mask' bagi menjaga kesihatan. Peperiksaan akhir tahun setara tingkatan empat yang sedang berlangsung akan dijadualkan semula.

 Bacaan IPU dikemaskini pada : http://www.doe.gov.my/apims/index.php?gmap=load&date=2010-10-20

Tuesday, October 19, 2010

TAKLIMAT STANDARD GURU MALAYSIA

Pada 19 Oktober 2010 jam 3.00 petang berlangsung taklimat mengenai SGM yang disampaikan oleh Tn.Hj.Jamal bin Abdullah Timbalan PPD Muar. Semua Pengetua, GPK dan guru data dari sekolah-sekolah daerah Muar / Ledang telah mengikuti taklimat tersebut. Plan tindakan selepas ini adalah mengisi maklumat kompetensi guru dalam SGM. Selepas itu satu taklimat berkaitan dengan pengendalian LNPT juga telah diadakan. Peserta telah diberi penjelasan mengenai penilai pertama dan penilai kedua bagi guru dan staf sokongan yang ada di sekolah. Semoga penilaian yang kita laksanakan di sekolah dapat memberi impak peningkatan prestasi diri guru-guru dan staf sokongan, juga kejayaan sekolah untuk lebih cemerlang pada tahun hadapan. (sila lihat Ebook - untuk dapatkan bahan)


Photobucket
Timbalan PPD Muar menyampaikan taklimat

Photobucket
Catat untuk taklimat kepada guru-guru di sekolah
Photobucket
Ini...senang aje..Pak Sham
Photobucket
Pengetua SM(P) SAB
Photobucket
Pengetua dan Guru Besar yang hadir taklimat
Photobucket
Mendengar penuh teliti...elakkan kesilapan
Photobucket
Hjh.Fauziah, Hjh.Latifah, Hjh. Musalmah...dan Hj.Norulhisham
Photobucket
PK SMK Bandar Maharani pun ada...
Photobucket
Pengetua SMK Tun Mamat lepas mendaftar..
Photobucket
Pengetua SMSARS1 sedang mendaftar...

Saturday, October 16, 2010

ENCIK OMAR HAMZAH BAKAL BERSARA

Pengetua SMK Felcra Bukit Kepong, Encik Omar bin Hamzah akan bersara mulai 23 Oktober 2010. Sebelum menjadi pengetua di SMKFBK beliau pernah berkhidmat di SMK Pei Hwa, dan SMK Bukit Gambir. Selamat menghadapi hari-hari baru sebagai pesara. MPSM merakamkan ucapan tahniah dan terima kaseh di atas perkhidmatan beliau yang cemerlang. Selamat menjadi YB.

Photobucket
En.Omar Hamzah berbaju kuning
Photobucket
En.Omar diraikan oleh MPSM Johor sempena persaraan beliau

Friday, October 15, 2010

MESYUARAT MPSM JOHOR

Mesyuarat MPSM Cawangan Johor telah bermesyuarat di Hotel Selesa Johor Bahru pada 13 dan 14 Oktober 2010. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Sufa'at bin Tumin, Pengarah Pelajar Johor.


Pentas VIP



En.Mohd Nor A.Ghani (KS Akademik) Hj.Ayob Jantan (YDP MPSM Johor) Hj.Sufa'at Tumin (Pengarah)

En.Puniran, Hj.Mohamad, Hj.Nasuha, En.Azman, Hjh.Saleha
Hj.Ayob, Ybhg.Dato Azam (YDP MPSM Kebangsaan)

MPSM_MUAR MEMPUNYAI BLOG SENDIRI

Kepada rakan-rakan MPSM Muar sila gunakan blog ini sebagai alat berkomunikasi. Diharap ianya memberi faedah kepada kita semua.