Thursday, May 31, 2012

PENGETUA BARU MENERIMA KENAIKAN DG52

Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan pengetua yang baru dikurniakan kenaikan gred kepada DG52. Semoga dengan anugerah ini meningkatkan lagi azam dan iltizam menjadikan pendidikan kita bertaraf dunia.


Monday, May 28, 2012

HARI GURU PERINGKAT NEGERI

Hari Guru Peringkat Negeri telah diadakan di Dewan Jubli Intan Kota Tinggi. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato Hj.Abd.Ghani Othman Menteri Besar Johor.
banner Hari Guru

Sunday, May 27, 2012

RAKAN PENGETUA

Menurut rakan sms dimaklumkan Hj.Radi Yahya kini sedang menerima rawatan di unit CCU kerana masalah jantung. Didoakan semoga beliau cepat sembuh. Kepada keluarga beliau kita doakan semoga mereka tabah dengan ujian Allah ini.
rakan pengetua yang melawat Hj.Radi

berkebetulan En.Adam Adas_Guru Besar SK Ismail 1 pun diwad HSF Muar

Thursday, May 24, 2012

KAJIAN ANTIDADAH JPNJ

PELAPORAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT SEKOLAH

Pengetua-pengetua ;
  • SMK Tan Sri Jaafar Albar
  • SMK Bandar Penawar
  • SMK Semenchu
  • SMK Lokman Hakim
  • SMK Tanjung Adang
  • SMK Parit Bunga
  • SMK Pekan Baru
  • SMK Sri Muar
  • SMK Sungai Abong
  • SMK Senai
  • SMK Indahpura 1
  • SMK Kelapa Sawit
  • SMK Ayer Baloi
  • SMK Ulu Tiram
  • SMK Pasir Gudang 2
  • SMK (F) Ulu Tebrau
Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan status kes penglibatan murid-murid dalam penyalahgunaan dadah, 
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Johor ingin membuat Kajian Semula Pelaksanaan 
Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di peringkat sekolah. Adalah menjadi harapan kami agar pihak 
sekolah juga membuat post-mortem dan tindak susul terhadap perancangan dan pelaksanaan program yang
 melibatkan pendidikan pencegahan dadah.
Bagi tujuan di atas, bersama-sama ini dilampirkan format laporan ringkas pelaporan yang perlu
 dilengkapkan dan seterusnya menyerahkan sesalinan ke Pejabat Pelajaran Daerah 
masing-masing (u.p : Penyelia Pendidikan Pencegahan Dadah) sebelum atau pada 16 Jun 2012.
 Sebarang pertanyaan sia hubungi Unit Pendidikan Pencegahan Dadah di talian 
607-2311489 atau email di ppdajpnj@gmail.com. Segala kerjasama pihak tuan didahului 
dengan ucapan terima kasih.