Monday, January 28, 2013

E-KEHADIRAN MURID

Sukacita dimaklumkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia (BPSHKPM) menerusi Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) telah membangunkan modul e-kehadiran murid bagi memudahkan pihak pengurusan tertinggi (PPD/JPN/KPM) agar dapat memantau statistik kehadiran murid seluruh Negara secara masa nyata (realtime). Berdasarkan surat siaran KP(BPSH-SPDK)201/005/02/Jld. 4 (38) yang bertarikh 10 Januari 2013 bahawa modul ini perlu diperluaskan ke sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan pada awal persekolahan tahun semasa.
JPN Johor akan melaksanakan modul e-kehadiran murid secara rasmi bermula 4 Februari 2013 selepas mengambil kira tempoh mengemaskini maklumat murid APDM diperingkat sekolah.
Pihak sekolah perlu melantik pembantu tadbir untuk melaksanakan e-kehadiran murid sepertimana manual yang dibekalkan. Pembantu tadbir yang dilantik akan mengunci masuk kehadiran murid setiap hari sebelum jam 9 pagi (sesi pagi) dan 2.30 petang (sesi petang). Data e-kehadiran ini digunakan oleh Portal Dasboard PPD yang akan digunakan sepenuhnya mulai tahun 2013.
Muat Turun: Manual e-kehadiran  

Thursday, January 24, 2013

PROFIL PENGETUA

Mohon kerjasama semua pengetua untuk menyediakan profil diri bagi kegunaan MPSM Kebangsaan. Sila dapatkan contoh profil yang telah diemailkan dalam mpsm group daripada rakan-rakan pengetua yang jadi ahli. Sila kembalikan profil tuan dalam bentuk softcopy kepada setiausaha Cik Hjh.Noraini Yusof sebelum 30 Januari 2013. Sila gunakan email noimy2001@yahoo.com

Wednesday, January 23, 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W

"Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar, dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada sesiapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberi hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu wahai hamba-hamba Allah supaya bertaqwa kepada Allah dan menggesa kamu supaya mentaati-Nya."

Monday, January 21, 2013

MESYUARAT JKKD SEKOLAH MENENGAH BIL. 1/2013

Mesyuarat di atas akan diadakan pada 22 Januari 2013 (Selasa) mulai jam 10.30 pagi di Bilik Mesyuarat, SMK Seri Menanti, Muar. Kehadiran ahli jawatankuasa sangatlah diharapkan. Selepas tamat mesyuarat ahli-ahli MPSM diminta untuk hadir taklimat aktiviti kebajikan MPSM. Harap semua ahli dapat menghadirkan diri. Terima kasih

Friday, January 18, 2013

MAJLIS PENYERAHAN B.A.P PERINGKAT NEGERI

Pada 18 Januari 2013 telah berlangsung majlis penyerahan bantuan awal persekolahan 2013 peringkat negeri. Majlis dilangsungkan di dewan SM Sains Muar dalam suasana warna warni. Semua PPD seluruh Johor menerima replika chek bantuan daripada YAB Menteri Besar Johor Dato Hj.Abdul Ghani Othman. Hadir sama Pengarah Pelajaran Johor Tn.Hj.Mohd Nor A Ghani dan ketua-ketua sektor JPNJ.
YAB Menteri Besar Johor  diiringi oleh Pengarah Pelajaran Johor  semasa majlis
penyampaian bantuan BR1M peringkat Negeri di SM Sains Muar

Wednesday, January 16, 2013

JUMAAT 18/1/2013 SEMUA PENGETUA DAN GB MUAR LEDANG DIMINTA HADIR KE  MAJLIS PELANCARAN PEMBERIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLHAN 2013 PERINGKAT NEGERI JOHOR DI SMS MUAR OLEH  YAB MENTERI BESAR JOHOR.

MAKAN TENGAH HARI DISEDIAKAN UNTUK SEMUA PENGETUA DAN GB DI RUANG LEGAR KANTIN SMS MUAR

PENDAFTARAN  BERMULA 9 PAGI DI PINTU MASUK DEWAN BESAR

HARAP MAKLUM

Wednesday, January 9, 2013

TAKLIMAT KONTRAK PEMBERSIHAN

Kontrak pembersihan bagi sekolah-sekolah yang berkenaan telah diperbaharui mulai 1 Januari 2013. Sehubungan dengan itu satu taklimat bersama PPD dan Pengetua / Guru Besar sekolah yang terlibat telah diadakan di PPD Muar pada 8 Januari 2013. Semoga sekolah-sekolah dalam daaerah Muar / Ledang akan lebih bersih dan ceria.
PPD_mempengerusikan taklimat

Pegawai PPD_yang menguruskan kontrak

Ustaz Hj.Fadil_Pegawai Aset dan Perolehan

Sesi dialog_Kontraktor / PPD / Pengetua

Saturday, January 5, 2013

MAJLIS RESIPSI DI SMK SUNGAI ABONG

Pada 5 Januari 2013 telah berlangsung satu majlis resipsi guru-guru yang mengajar di satu sekolah. Kenangan tersebut diabadikan bila majlis diadakan di perkarangan sekolah tempat mereka mengajar. Tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat jatuh cinta...semoga bahagia hingga ke akhir hayat.
Pengetua SMK Sungai Abong dengan mempelai_guru-guru SMKSA
Majlis dimeriahkan dengan kumpulan songkok tarbus merah
Nak Info dulu_Jemputan Rumah saya hujung tahun ini...Insyallah

Tuesday, January 1, 2013

MAJLIS KUNJUNG HORMAT PERSARAAN HJH.NORAINI PANOT

Pada 31 disember 2012 MPSM Muar Ledang mengadakan kunjung hormat terhadap pengetua SMK Raja Muda Pn.Hjh.Noraini Panot sempena persaraan beliau pada 1 Januari 2013.

Hjh.Noraini Panot dan tetamu
Ucapan terakhir mantan pengetua SMKRM
Ucapan aluan Pengerusi MPSM Muar Ledang
Penyampaian watikah persaraan oleh wakil PPD